photo photo

Thursday, August 29, 2013

Sukma Malaysia XVI Kuala Lumpur 2013


Sepanjang 28 Jun hingga 3 Julai yang lalu telah berlangsungnya Sukan Malaysia XVI Kuala Lumpur di Empangan Batu – Gombak, Selangor. Seramai 20 atlet daripada pasukan mendayung UTM telah terpilih bagi mewakili Wilayah Persekutuan, mereka adalah :

  Putra Wayan bin Muhamad Yazid
  Abdul Rahman bin Mohd Noh
  Mohamad Aidil bin Rusly
  Ahmad Ameerulsaufee bin Muhamad Saad
  Hamizan Ali Hakim
  Mohd Taufiq Taqiuddin
  Mohamad Fathur Hafeezat
  Kamil Hakimi bin Khalid
  Mohd Hanif Abu Hassan
  Yon Kong Chen
  Muhamad Ikhwan
  Muhammad Arif bin Zakaria
  Muhammad Amin

  Noraziera bt Aziz
  Maizurah bt Abdul Razak
  Illy aqilah binti Hamid
  Nurul Natra amalina bt Shamsul Kamal
  Siti Nurfarhana bt Abdul Hadi
  Siti Noorhabibah bt Tasna
  Nurul Izzati Syahida bt Khaad



Hasil berkat dan kesungguhan sepasukan membuahkan hasil dengan kejayaan yang cemerlang apabila Wilayah Persekutuan berjaya merangkul 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Tahniah Wilayah Persekutuan! Walaupun kebanyakannya daripada anda adalah muka baru dalam pasukan Rowing UTM, namun kejayaan dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan kami.


WIPERS!


LM2X -Perak (Putra Wayan, Abdul Rahman)


M2- -Perak (Aidil, Ameerulsaufee)


M8+ -Perak


M1X - Gangsa (Yon Kong Chen)


LW4- -Gangsa (Maizurah, Aqilah, Natra, Farhana)




Thursday, February 14, 2013

Aktiviti PERDAMA 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera

Semester 2 bagi sesi 2012/2013 sudah bermula. Begitu juga dengan kem latihan UTM yang pertama telah dijalankan pada 9 - 11 Februari 2013 yang lepas di Pusat Mendayung Kebangsaan, Empangan Batu. Sepanjang tahun 2013 ini akan dapat menyaksikan banyak aktiviti yang akan diadakan oleh Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) seperti Asia Cup 1 dan SUKMA. 




Selain itu PERDAMA juga menganjurkan kursus jurulatih dan kursus umpire terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Tahun 2013 ini dipenuhi dengan banyak aktiviti dan memperlihatkan bahawa sukan mendayung makin mendapat nama di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pihak PERDAMA. Terima kasih juga kepada UTM selaku co-organizer untuk kejohanan-kejohanan yang dianjurkan di Malaysia. 

Penutup untuk tahun 2013 adalah acara kemucak dimana akan berlangsungnya Sukan SEA di Myanmar. Semoga persediaan sepanjang tahun ini akan memberi hasil dan Malaysia mampu untuk membawa pulang pingat bagi acara rowing setelah membawa pulang 1 pingat gangsa pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Kepada junior rowing UTM, selamat datang diucapkan dan kami mengalu-alukan kedatangan anda dalam utmrowingbighappyfamily. 

Akhir sekali, selamat menjalani latihan dan fokus dalam pelajaran...


Saturday, December 8, 2012

The Making of the Next Champion


Pada 2 Disember yang lalu telah berlangsung dengan jayanya UTM Inter-College Indoor Rowing 2K Challenge. Pertandingan ini diadakan bertujuan melahirkan bakat-bakat baru untuk menceburi sukan mendayung seterusnya menjadi penyambung perjuangan UTM Rowers.

Semangat yang ditunjukkan anda semua amat membanggakan kami. To all junior you're welcome in UTM Big Happy Family!


 Budak Setan


KP AUTO ROWERS


KP NEWBIE


KRP SEALS


KTHO BLIZZARD


 KTC HORANGI


 KTC PANTHERA


KTC THUNDERBOLT


KTC TIGER


KTDI KAIZER


KTDI RETURN


KTDI SAMUDERA


KTR TIGER


KTR RANGERS


KTR RAZAK CREW

KP FIGHTER


KTR C.H.A.O.S.M.T.Y.H


KTR RUSH RACER 


VIKING



Monday, November 26, 2012

HOP, SUKIPT and VBR 2012

Sepanjang 12 hingga 21 Oktober lalu telah berlangsungnya kejohanan Head of Putrajaya, Sukan Institut Pengajian Tinggi dan Varsity Boat Race di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

Untuk makluman semua, Head of Putrajaya (HOP) dan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) merupakan kejohanan yang julung kalinya diadakan. Berikut merupakan keputusan akhir bagi setiap kejohanan:

Keputusan Head of Putrajaya 2012
     Men: Kelima
     Women: Perak

                                                            women's coxed eight (perak)

Keputusan Sukan Institut Pengajian Tinggi 2012
     Men’s Coxless Four (M4-): Gangsa
     Women’s Coxless Four (W4-): Perak
     Men’s Coxless Pair (M2-): Gangsa
     Women’s Coxless Pair (W2-): Emas

                                                                      M4- (gangsa)

                                                                   W4- (perak)

                                                                   M2- (gangsa)


                                                                W2- (emas)


Keputusan Varsity Boat Race 2012
     Men’s Single Sculls (M1x): Perak                   
     Women’s Single Sculls (M1x): Perak
     Men’s Coxless Four: Semi-final
     Women’s Coxless Four (W4-): Gangsa
     Men’s Double Sculls Open (M2x): Kelima
     Men’s Double Sculls Lightweight (M2x): Keempat
     Women’s Double Sculls Lightweight (W2x): Semi-final
     Men’s Coxed Eight (M8+): Final
     Women’s Coxed Eight (W8+): Semi-final



                                                                      M1x (perak)


W1x (perak)

W4- (gangsa)


Tahniah UTM Rowers! Teruskan perjuangan anda!

Thursday, November 15, 2012

UTM Inter-College Indoor Rowing 2K Challenge

Pada 1 Disember ini, pasukan rowing UTM akan mengadakan UTM Inter-College Indoor Rowing 2K Challenge bertempat di Sport Hall 2 (Gym Kolej Tun Fatimah, H26). 


Selain mencari bakat baru, pertandingan ini juga diadakan bagi pencarian atlet rowing Sukan Malaysia (SUKMA) 2013. Kepada sesiapa yang berminat, anda perlu mengisi borang pendaftaran seperti yang tertera di bawah.

Link register team, sila klik sini.

Sebarang kemusykilan dan butiran lanjut sila hubungi:
            Harith   - 0137451348
            Nabilah - 0136136879


Thursday, September 20, 2012

Anugerah HEMA 2012 : Anugerah Kecemerlangan Sukan

Tanggal 7 September yang lalu, pasukan rowing UTM menambah lagi koleksi gelaran pada tahun ini apabila dianugerahkan sebagai Anugerah Kecemerlangan Sukan oleh HEMA. 

                                    trofi dan sijil penghargaan



Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh ahli pasukan termasuklah pengurus pasukan kami, En. Azuwan Azahar yang selama ini susah senang sentiasa menjadi tulang belakang kami.

                                        
Tidak lupa juga kepada senior-senior yang masih terlibat mahupun tidak di dalam dunia sukan rowing ini. Sokongan dan dorongan yang diberikan amatlah kami hargai. Tanpa semua, pasukan rowing UTM tidak mampu berdiri sehingga ke tahap ini pada hari ini.

                                          veteran rowing =)

Semoga pasukan ini akan terus melangkah dengan cemerlang bukan sahaja mampu melakar nama dalam negara malahan dalam peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga berjaya semua!


p/s: Head of Putrajaya, Sukan IPT dan Varsity Boat Race bakal menanti semua Oktober ini. Semoga berjaya!


Tuesday, September 18, 2012

Asia Cup 1 Rowing Championships 2012

Pada 30 Mei hingga 3 Jun yang lalu, UTM Rowing Team telah menyertai Asia Cup 1 Rowing Championships 2012. Seramai 19 atlet telah tepilih dalam menyertai kejohanan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Pandan Reservoir, Singapura.

Pandan Reservoir

UTM Rowing Team

Berbeza pada tahun yang lalu, tahun ini pasukan rowing UTM telah menghantar lebih banyak penyertaan dari tahun lepas iaitu 2 penyertaan dalam acara LM2X- dan M2- serta 1 penyertaan dalam acara M4-, W1X, W2- dan W4-.

Tahniah diucapkan kepada W4- yang berjaya meraih pingat gangsa yang sememangnya menjadi penyuntik semangat kepada seluruh ahli UTM Rowing Team!
W4-  Aina, Aisyah, Nabilah, Izzati


Walaupun kebanyakannya daripada anda adalah muka baru dalam pasukan Rowing UTM, namun kejayaan yang telah anda kecapi amat membanggakan kami. Tahniah kepada semua krew kerana berjaya mara sehingga ke pusingan final. 

majlis perasmian kejohanan


rigging boat

megah berkibar!


                                      

Keputusan :
    
     LM2X - Muhammad Faris, Muhammad Imran (Final C)
             - Abdul Rahman, Putra Wayan (Final B)

     M2-   - Harith, Mohamad Naim (Final A)
             - Mohamad Aidil, Mohamad Fathor Hafeezat (Final C)

     M4-   - Muhammad Faiz, Mohd Ikhwan, Mohammad Aliff Firdaus,      
               Muhammad Ridwan (Final B)

     W1-  - Nur Atika (Final C)
     W2-  - Sofiah, Nor Afifah (Final C)
     W4-  - Nurul Izzati, Nabilah, Nuraisyah, Noraina Hani (Gangsa)

Thursday, September 13, 2012

Karnival Sukan Air KBS 2012


Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini juga terdapat pelbagai pertandingan mendayung (rowing) samada pada peringkat universiti mahupun kebangsaan. Dan seperti biasa juga pasukan rowing UTM tidak akan pernah sesekali melepaskan peluang bagi mempertingkatkan lagi prestasi dan mutu pasukan kami.

Pada 25 hingga 27 Mei yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan Air 2012 sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Selain daripada rowing terdapat pelbagai acara lagi yang dipertandingkan, antaranya ialah kayak, perahu panjang tradisional (dragon boat), kanu polo dan lain-lain lagi.

                                            dragon boat

                                                 kayak


                                          gimik karnival!

Acara rowing pula terbahagi kepada dua iaitu outdoor (500 meter on water) dan indoor (rowing machine/ergometer). Tidak seperti pertandingan yang lain, dalam pertandingan ini tiada had penyertaan ditetapkan. Dan pasukan rowing UTM telah menghantar lebih penyertaan daripada kebiasaannya.


Walaupun pelbagai halangan dan dugaan ditempuhi sepanjang pertandingan ini berlangsung, pasukan rowing UTM tidak pulang dengan tangan kosong. Pasukan kami berjaya mendapat 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pingat perak dalam acara relay lightweight (rowing machine) lelaki dan 2 pingat gangsa melalui acara women 4- dan relay lightweight (rowing machine) wanita. Tahniah kepada yang berjaya!

Kepada yang tidak bernasib baik, semangat juang yang ditunjukkan oleh anda semua sangat membanggakan kami!

                                           senyum sokmo

                                  suka suki utm big happy family!