photo photo
Showing posts with label ANUGERAH SUKAN UTM. Show all posts
Showing posts with label ANUGERAH SUKAN UTM. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

MAJLIS ANUGERAH SUKAN UTM 2011



UTM Sport Excellence telah mengadakan Majlis Anugerah Sukan khasnya bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh para atlet dalam mengharumkan nama universiti. Majlis yang gilang gemilang ini telah berlangsung pada 21 April 2012 di The Zone Regency Hotel.

Antara pencalonan yang membabitkan pasukan rowing ialah:
                                
          Calon Pengurus Pasukan Terbaik (Wanita) – Munirah binti Abdullah
          Calon Atlet Harapan Lelaki – Muhammad Ridwan bin Jaafar
          Calon Atlet Harapan  Wanita – Nur Atika binti Mohd Safiee
          Calon Pasukan Terbaik (Lelaki)
          Calon Pasukan Terbaik (Wanita)

Ucapan tahniah dan syabas kepada atlet rowing yang telah menerima anugerah! Kejayaan anda menyuntik lagi semangat kami untuk menaikkan lagi nama pasukan rowing.

    Full Colour – Hattah Talani
                     Mohd Zafran Anuar
                     Norkhairunnisa Shamsuddin

    Anugerah Khas Pengantarabangsaan –  Hattah Talani
                                                         Mohd Zafran Anuar
         Norkhairunnisa Shamsuddin
         Adila Mohamed Khalidi

    Anugerah Atlet Harapan Lelaki – Muhammad Ridwan Bin Jaafar

                                     atlet harapan lelaki

Majlis Anugerah Sukan meninggalkan kenangan yang lebih manis lagi kepada pasukan rowing tatkala mc mengumumkan pasukan rowing lelaki dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Lelaki 2011. Tahniah dan syabas!

                                   piala pasukan terbaik lelaki

Kepada yang tidak berjaya jangan bersedih dan berputus asa, teruskan usaha anda! Jumpa lagi di Majlis Anugerah Sukan UTM 2012!



                                             

utm big happy family!



Thursday, March 4, 2010

MALAM ANUGERAH SUKAN UTM 2010


Malam Anugerah Sukan 2010 berlangsung pada 3 mei 2010.Tidak seperti tahun sebelumnya,pada tahun ini berlangsung di Komplek sukan UTM.Walaupun serba kekurangan tetap meriah dengan kehadiran para atlit UTM.Pada malam tersebut menjadi malam pasukan ROWING UTM apabila diangkat PASUKAN LELAKI TERBAIK 2009 dan OLAHRAGAWAN UTM 2009.Selain itu 7 orang atlit ROWING UTM menerima ANUGERAH KHAS atas pencapaian mewakili negara di kejohanan SOUTH EAST ASIA ROWING CHAMPIONSHIP di PATTAYA tahun lalu.Masing-masing membawa pulang sijil dan RM300 sebagai penghargaan dari UTM.Moga pencapaian ini menaikan semangat Pasukan untuk kejohanan akan datang.