photo photo
Showing posts with label IKON ROWING. Show all posts
Showing posts with label IKON ROWING. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

IDOLA ROWING: NORDIYANA BINTI KAMARUDDIN @ DEDEQ

Dikenali dengan panggilan dedeq, atau nama sebenar beliau Nordiyana binti Kamaruddin seorang bekas atlit rowing kebangsaan ini dilahirkan pada 5 Jun 1981 di Kuala Lumpur. Beliau kini sudah berumahtangga yang mana suaminya juga merupakan seorang atlit rowing. Beliau kini bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di jabatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dikatakan berhenti seketika dalam sukan rowing dan sekiranya berpeluang beliau ingin menyertai master rowing.

 Permulaan penglibatan beliau dalam sukan rowing ini adalah pada tahun 1999 dimana beliau merupakan pelajar tahun satu di UTM City Campus (kini International Campus) pada ketika itu. Berasa hampa dengan pasukan bola tampar yang disertainya yang tidak aktif , beliau menyahut cabaran rakan karibnya untuk menyertai kelab rowing yang juga pada masa itu sedang mencari bakat baru. Beliau bersama empat rakannya bersetuju dan mendaftarkan diri dan seterusnya menyertai kem katihan untuk regatta kebangsaan pada tahun 1999. Detik permulaan itu beliau kemudiannya dipelawa oleh presiden perdama untuk mewakili Malaysia ke kejohanan South East Asia Rowing Championship (SEARF) pada awal tahun 2000 sehingga tahun 2007.

Friday, March 4, 2011

IDOLA ROWING: ZULMAJDI ZAKARIA @ MAJAI (Part II)

Program Latihan

    Siapa lagi kalau bukan Coach Hadi, jurulatih kebangsaan dan juga jurulatih pasukan UTM yang selama ini mendidik beliau menjadi seorang atlit rowing. Segala ilmu yang beliau pelajari mengenai sukan rowing tidak lokek dikongsi bersama. Sebagai seorang pelajar semasa beliau bergiat aktif dalam sukan ini, beliau menyusun jadual latihannya supaya tidak mengganggu waktu belajar. Sifat ini sememangnya perlu ada pada diri setiap individu terutama sekali kepada mereka yang bergelar ‘student athlete’. Tidak semestinya giat dalam bidang sukan, pelajaran akan merosot. Segalanya terletak pada niat dan hati masing-masing. Berbalik kepada jadual latihannya, Majai menceritakan latihan yang diberikan oleh coach kepadanya untuk dipraktikkan iaitu pada hari sabtu (jika minggu di Batu Dam), on water beliau akan lebih menumpukan kepada skill. Begitu juga pada hari ahad, untuk sesi pagi latihan beliau akan turun air. Kebiasaannya untuk latihan on water beliau akan buat drill iaitu seperti row dan berhenti pada tiga bahagian iaitu pada back stop, middle stop dan juga front stop. Selain itu, beliau juga akan melakukan sprint sebanyak 10 stroke untuk high power, high rating dan untuk high power, low rating secara berselang-seli.

Wednesday, March 2, 2011

IDOLA ROWING: ZULMAJDI ZAKARIA @ MAJAI (Part I)

Lagak dan gayanya bersahaja. Adakalanya tingkah laku dan kata-katanya mencuit hati. Kena dengan loghat bahasanya. Namun kadangkala kata-kata yang dikeluarkannya agak pedas dan lebih berterus-terang. Tetapi itu semua adalah untuk kebaikan anak-anak buahnya. Merupakan anak kelahiran Kedah, bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia ini selain menjadi atlit universiti beliau juga merupakan seorang atlit Malaysia.

Dilahirkan pada 16 Januari 1985 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau masih belum berumahtangga dan kini bekerja sebagai Supervisor Under Ramill Tech Company di Qatar Sand Treatment Plant. Walaupun kini beliau tidak lagi bergiat aktif sebagai atlit rowing, namun beliau menjadi jurulatih (rowing) untuk sebuah universiti dan juga melibatkan diri sebagai umpire.

Saturday, February 26, 2011

IDOLA ROWING: TAN SUET FONG

Tan Suet Fong, 30 anak kelahiran Selangor dilahirkan pada 13 April 1981 merupakan seorang atlit negara bagi sukan rowing. Beliau sudah berumahtangga dan bekerja di Linatex dibahagian Customer Service dan menetap di Kuala Lumpur. Beliau kini walaupun tidak lagi aktif sebagai atlit negara tetapi beliau masih lagi bergiat aktif untuk indoor rowing.

Bila ditanya permulaan penglibatan beliau dalam sukan rowing ini beliau bermula dengan menyertai indoor rowing di Pulau Pinang setelah diajak oleh rakan beliau untuk menyertai pertandingan itu. Untuk pertandingan tersebut beliau mendapat tempat walaupun baru pertama kali mencuba. Coach Hadi yang juga berada di sana pada ketika itu telah mempelawa beliau untuk menyertai sukan rowing setelah mendapati beliau berpotensi untuk m
enjadi atlit sukan rowing. Tambah beliau lagi, beliau memilih sukan rowing ini sebagai pilihan beliau kerana sukan rowing ini sukan yang  mencabar dan boleh menguruskan badan.