photo photo

Saturday, February 26, 2011

IDOLA ROWING: TAN SUET FONG

Tan Suet Fong, 30 anak kelahiran Selangor dilahirkan pada 13 April 1981 merupakan seorang atlit negara bagi sukan rowing. Beliau sudah berumahtangga dan bekerja di Linatex dibahagian Customer Service dan menetap di Kuala Lumpur. Beliau kini walaupun tidak lagi aktif sebagai atlit negara tetapi beliau masih lagi bergiat aktif untuk indoor rowing.

Bila ditanya permulaan penglibatan beliau dalam sukan rowing ini beliau bermula dengan menyertai indoor rowing di Pulau Pinang setelah diajak oleh rakan beliau untuk menyertai pertandingan itu. Untuk pertandingan tersebut beliau mendapat tempat walaupun baru pertama kali mencuba. Coach Hadi yang juga berada di sana pada ketika itu telah mempelawa beliau untuk menyertai sukan rowing setelah mendapati beliau berpotensi untuk m
enjadi atlit sukan rowing. Tambah beliau lagi, beliau memilih sukan rowing ini sebagai pilihan beliau kerana sukan rowing ini sukan yang  mencabar dan boleh menguruskan badan.

Bagi setiap atlit dan juga individu lain pasti ada pengalaman manis dan pahit yang mereka alami sepanjang penglibatan mereka dalam acara sukan yang mereka sertai. Tidak ketinggalan Tan Suet Fong yang mengatakan bahawa pengalaman termanis beliau apabila dapat berpasangan dengan rakan seperjuangan beliau iaitu Diyana @ Dedeq.

“She taught me a lot. Life was nothing but training.” kata beliau yang juga mengatakan pengalaman manis beliau apabila dapat memulakan latihan harian seawal pukul 6 pagi. Selain itu tambah beliau, beliau turut tidak dapat melupakan kenangan apabila dapat berpasangan dengan rakannya iaitu Dedeq untuk acara Lightweight Women Double Scull (LW2x) pada kejohanan Varsity Boat Race di Putrajaya. 

 .: ah fong with dedeq @ batu dam :.

Namun begitu beliau merasakan pengalaman yang cukup pahit bagi beliau apabila tidak dapat menghadiahkan sebarang medal untuk coach dan negara. Walaubagaimanapun yang penting semangat dan usaha beliau serta kegigihan beliau yang bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara.


Pencapaian tertinggi beliau sepanjang menjadi atlit rowing adalah apabila dapat mencatat rekod masa 7min 39s untuk test 2km ergometer ketika sesi latihan terakhir sebelum menjelang sukan Sea pada tahun 2007. Selain itu beliau juga mendapat tempat ke-4 pada kejohanan SEARF di Thailand untuk acara Lightweight Women Single Scull (LW1x). Acara-acara lain yang turut disertai oleh beliau antaranya adalah SEARF Malaysia, Sukan SEA di Manila dan juga Sukan SEA di Korat. Kejohanan yang disertai dan tidak dapat beliau lupakan adalah apabila menyertai Sukan SEA kerana menurut beliau ketika itulah beliau dapat berjumpa dengan perserta dari negara lain yang memberi saingan hebat dan juga dapa membandingkan diri dengan yang lain walaupun berakhir dengan kekecewaan. Bila ditanya mengenai bot pilihan beliau,beliau lebih menggemari bot scull. Pencabar terdekat beliau sepanjang penglibatan beliau dalam sukan rowing semestinya pencabar dari negara jiran kita iaitu atlit dari Singapura. tulang belakang atau pendorong beliau selama ini adalah coach beliau sendiri yang Coach Hadi dan juga suami tercinta.


Beliau berpendapat selain skill dan pengalaman,kriteria-kriteria yang perlu ada pada diri seorang atlit ialah discipline, competitiveness, passion, and brain. Menyebut tentang sukan rowing yang kini semakin dikenali di Malaysia dan juga pemilihan UTM sebagai pusat kecemerlangan sukan air beliau merasakan ianya sesuatu yang baik kerana sekurang-kurangnya ada sebuah pusat untuk membangunkan sukan rowing. Selain itu beliau juga memberi cadangan agar terdapat juga pusat kecemerlangan di universiti lain dan membuat program anak angkat kepada sekolah-sekolah menengah di Malaysia untuk memberi pendedahan kepada belia diluar sana.

Bercerita mengenai perlumbaan,beliau merasakan dengan latihan yang cukup dan juga melakukan visualization sebelum permulaan amat penting untuk mengatasi perasaan berdebar-debar ketika perlumbaan. Namun perasaan takut atau cuak itu pasti ada kerana perasaan itu lah yang membantu kita untuk sentiasa fokus dan melakukan yang terbaik. Komen beliau tentang visualization ialah ianya sesuatu yang sangat penting kerana ianya membantu kita visualize keseluruhan game ketika mana kita perlu memecut,ketika mana kita perlu steady.Beliau turut berkongsi strategi yang biasa beliau lakukan ketika perlumbaan iaitu
"Pastikan training yg cukup, then do all out. Plan out the race, mana nak pecut, mana nak steady. Tgk lawan, tp jgn terpengaruh ngan lawan. Also make sure ada rhythm row, cam gune meter etc. Kalau takde meter, kira dlm ati, gune jam (saat) tuk kire strokes."
 
Program latihan

Seperti sedia maklum, jurulatih beliau ialah Coach Hadi yang juga merupakan jurulatih pasukan UTM. Tan Suet Fong membahagikan masanya dengan melakukan latihan sebelum dan selepas waktu kerja untuk hari bekerja malah pada hujung minggu beliau akan memulakan latihan seawal pagi sehingga waktu petang. Berkongsi tentang program latihan beliau, beliau memberikan jawapan:-

Competition
Row erg – 5 x 5min speed; 30mins power stroke; 1hr fat burn; 3x10mins power + speed; 2k test
Row on water – 5 x 1k, 3 x 2k; starting 30strokes speed; power stroke; interval speed stroke
Gym : lunges, pull up, core,  bench press, (kut dam nyer program.. lupa nama)
Jog & bike & swim

Now
Row : 1hr @ 2:30 sambil tgk dvd
Jog : 1hr leisure jog

Untuk mengekalkan stamina beliau melakukannya dengan latihan yang konsisten dan juga rehat yang secukupnya selain menjaga bab pemakanan. 

UTMROWING: tips-tips yang boleh diberikan kepada kami untuk rujukan kami ketika                                 latihan.
Tan Suet Fong: Refer to coach and find out best way to improve. Own passion and                                   discipline.
UTMROWING: Apakah perkara paling penting ketika melakukan latihan?
Tan Suet Fong: Strecthing and cooling. Avoid injury
UTMROWING: ergo test (test 2k) adalah perkara wajib untuk setiap rower untuk                              menjalaninya dan rata-rata kami beranggapan test 2k ini                                     'membunuh' kerana masing-masing ingin mencatat masa yang                                   terbaik. sebagai rower yang berpengalaman, apakah rahsia yang                                 boleh anda kongsikan dengan kami supaya kami boleh                                       menjadikannya sebagai perangsang untuk meninggkatkan prestasi kami?
Tan Suet Fong: Still finding ways, I am still afraid of 2K race. Try use previous                                   time to improve each test.

Harapan anda untuk sukan rowing di Malaysia

Terus berkembang. Atleast dapat medal untuk Malaysia

motivasi, kata-kata perangsang, pesanan yang boleh diberikan kepada rower-rower UTM untuk meningkatkan keyakinan dan semangat kami untuk terus maju dalam sukan ini.

UTM was pengasas sukan rowing. Keep up the good record. Universiti lain catching up soon =)

INFO: selain aktif dalam sukan rowing beliau juga aktif untuk acara triathlon