photo photo

Monday, August 2, 2010

UNITEN ROWING INVITATIONAL 2010@PUTRAJAYA

UNITEN ROWING INVITATIONAL 2010 (URI ’10) telah berlangsung selama 5 hari bermula pada 28hb Julai sehingga 1 Mei 2010.Kejohanan tersebut diadakan di Kompleks Sukan Air Putrajaya.Pada tahun ini hanya 1 sahaja universiti dari luar mengambil bahagian iaitu China University of Hong Kong (CUHK).Walaupun URI pada tahun ini kurang sambutan dari universiti luar,namun impaknya masih terasa bagi atlit universiti tempatan.Saingan yang hebat tetap diberikan oleh semua atlit universiti.

Pasukan UTM yang diwakili oleh 28 orang atlit universiti turut mengambil bahagian pada kejohanan ini.URI mempertandingkan acara-acara seperti single scull, double single, coxless four, coxed four dan juga coxed eight .Namun acara coxed 8 hanya untuk kategori lelaki sahaja yang mana jarak perlumbaan adalah sejauh 5km.

Sepanjang kejohanan ini,banyak detik suka dan duka yang berlaku. Ini kerana terdapat perubahan crew pada saat-saat akhir berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun,itu semua bukan penghalang untuk pasukan UTM memberikan persembahan yang terbaik untuk kejohanan ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sehingga hari terakhir URI. Pada URI tahun ini pasukan UTM berjaya memungut 6 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Setiap satu pingat itu memberi mata kepada pasukan UTM. Dengan mengumpul mata sebanyak 114 mata, UTM sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan URI 2010 yang mana setakat ini tiada pasukan dari universiti lain yang dapat memecahkan rekod UTM sejak URI diperkenalkan pada tahun 2007. Termasuk tahun ini, UTM sudah 5 kali memegang title overall champion ini.

Banyak ilmu dan pengajaran yang dapat daripada URI 2010 ini. Salah satunya adalah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar universiti tempatan mahupun luar negara, berkongsi ilmu dan pengalaman tentang sukan rowing dan juga persaingan sihat antara universiti. Kejohanan kali ini mempamerkan saingan hebat dari pasukan lain seperti pasukan penganjur sendiri iaitu UNITEN, UIA, UiTM dan juga CUHK. Pasukan-pasukan lain turut mempamerkan saingan mantap. Selain dari acara untuk pasukan universiti, terdapat juga acara untuk staf, pelajar sekolah seperti Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), rowing machine dan kayak (staf).

RESULT:

Gold Medal


Men single scull



Men double scull



Men coxed eight



Women single scull



Women double scull



Women coxless four


Silver Medal



Men coxed four



Men coxless four


Bronze Medal



Women coxed four


Rowing Machine

Men – 4th place

Women – 2nd place

UTM merangkul juara keseluruhan buat kali kedua pada tahun ini selepas menjadi juara pada kejohanan MASUM yang lepas. Semoga pada kejohanan yang akan datang UTM dapat mengekalkan kejuaraan. Fit to row, not row to fit....

UTMBIGHAPPYFAMILY!