photo photo

Thursday, February 14, 2013

Aktiviti PERDAMA 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera

Semester 2 bagi sesi 2012/2013 sudah bermula. Begitu juga dengan kem latihan UTM yang pertama telah dijalankan pada 9 - 11 Februari 2013 yang lepas di Pusat Mendayung Kebangsaan, Empangan Batu. Sepanjang tahun 2013 ini akan dapat menyaksikan banyak aktiviti yang akan diadakan oleh Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) seperti Asia Cup 1 dan SUKMA. 




Selain itu PERDAMA juga menganjurkan kursus jurulatih dan kursus umpire terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Tahun 2013 ini dipenuhi dengan banyak aktiviti dan memperlihatkan bahawa sukan mendayung makin mendapat nama di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pihak PERDAMA. Terima kasih juga kepada UTM selaku co-organizer untuk kejohanan-kejohanan yang dianjurkan di Malaysia. 

Penutup untuk tahun 2013 adalah acara kemucak dimana akan berlangsungnya Sukan SEA di Myanmar. Semoga persediaan sepanjang tahun ini akan memberi hasil dan Malaysia mampu untuk membawa pulang pingat bagi acara rowing setelah membawa pulang 1 pingat gangsa pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Kepada junior rowing UTM, selamat datang diucapkan dan kami mengalu-alukan kedatangan anda dalam utmrowingbighappyfamily. 

Akhir sekali, selamat menjalani latihan dan fokus dalam pelajaran...