photo photo

Wednesday, July 14, 2010

ASIA CUP 1 CHAMPIONSHIP SINGAPORE

Asia Cup 1 yang berlangsung di Singapore diadakan pada 11 jun sehingga 16 jun 2010.Seramai 11 orang atlit UTM telah terpilih untuk mewakili pasukan UTM pada kejohanan tersebut iaitu 6 orang atlit lelaki dan 5 orang atlit wanita.Pasukan UTM menjalani kem latihan selama 10 hari di Batu Dam sebagai persiapan sebelum berangkat ke Singapore.Tujuan utama pasukan UTM dihantar mewakili universiti ke Singapore adalah untuk mencari pengalaman berlumba di negara luar dan juga untuk melihat pasukan-pasukan dari negara lain seperti Hong Kong,Vietnam dan Indonesia.Selain itu,pasukan UTM juga dapat menimba pengetahuan berkaitan dengan sukan rowing dengan berkongsi pengalaman dari pasukan dari negara luar.Pasukan UTM bukan sahaja membawa nama UTM kesana malah pasukan UTM turut membawa nama Malaysia.Pasukan lain dari Malaysia iaitu UIA dan juga Uniten turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Banyak acara yang dipertandingkan seperti single scull (1x),double scull (2x),pair (2-) dan cox four (4-).Terdapat dua venue pada kejohanan Asia Cup 1 ini iaitu di Marina Reservoir untuk acara 1000m dan juga di Pandan Reservoir untuk acara 2km.

Secara keseluruhannya,pencapaian pasukan UTM memuaskan kerana semua atlit UTM membawa pulang medal bagi acara masing-masing.Asia Cup 1 Singapore berakhir dengan acara penyampaian hadiah di Pandan.

pengalaman berlumba dengan pasukan dari negara luar merupakan pengalaman yang amat berharga.diharapkan pasukan UTM dapat memberikan pencapaian yang terbaik pada masa akan datang kerana saingan yang hebat diberikan dari pasukan-pasukan lain didalam negara mahupun diluar negara.

berikut adalah keputusan bagi kejohanan tersebut:-



LM2x 1000m
silver dan bronze


LM1x 1000m
bronze


LM4-
silver


LM4- 2km
silver


M2x 1000m
bronze


LM1x 2km
bronze


M1x 1000m
bronze


W4- 1000m
silver


W4- 2km
bronze


LW2x 1000m
bronze