photo photo

Tuesday, July 13, 2010

MASUM 2010 Rowing-Kayak

Pada 18hb mei – 23hb 2010 mei telah berlangsungnya kejohanan sukan MASUM 2010 bagi acara sukan air yang melibatkan sukan rowing dan kayak.sukan masum rowing-kayak pada tahun ini diadakan di Pusat Latihan Mendayung Kebangsaan,Empangan Batu Gombak Selangor.untuk pengetahuan umum,UTM di pilih untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Sukan Air mulai dari tahun lepas. Oleh itu, UTM diberi kepercayaan oleh KPT untuk menganjurkan kejohanan sukan masum 2010 ini.kejohanan sukan yang berlangsung selama 4 hari termasuk 2 hari penyesuaian air ini membabitkan universiti2 dari seluruh malaysia.acara yang dipertandingkan ialah cox four(4+), coxless four(4-), dan juga cox eight(8+).

Seramai 20 orang atlit rowing UTM terlibat pada kejohanan sukan masum kali ini yang terdiri daripada 10 orang atlit lelaki dan 10 orang atlit wanita.atas usaha yang gigih oleh atlit utm,kesemua boat layak ke peringkat final setelah mengharungi perlumbaan peringkat saringan dan semi-final yang penuh rintangan dan cabaran.saingan hebat diberikan oleh pasukan dari universiti lain namun itu semua tidak mematahkan semangat pasukan utm untuk membuat yang terbaik.

Latihan yang mantap,usaha dan penat lelah pasukan utm selama mengharungi kejohanan masum ini berbaloi apabila pasukan utm berjaya memperolehi 4 pingat emas dan 2 pingat perak yang mana sekaligus menobatkan pasukan utm sebagai pasukan terbaik kejohanan masum rowing-kayak untuk kategori lelaki dan wanita.3 pingat emas disumbangkan oleh atlit wanita manakala 1 emas dan 2 perak dari atlit lelaki.walaubagaimanapun,pasukan utm tidak boleh merasa selesa dengan pencapaian ini dan harus mempertingkatkan lagi usaha dan latihan supaya lebih maju dan berjaya dimasa akan datang.

UTM POWER!!!!

result:


W4+ EMAS


W4- EMAS


W8+

M4- EMAS


M8+ PERAK


M4+ PERAK


p/s:terima kasih juga untuk boat holder,technical pada kejohanan tersebut.tanpa korg game tak jalan dengan sempurna beb....