photo photo

Saturday, March 26, 2011

IDOLA ROWING: NORDIYANA BINTI KAMARUDDIN @ DEDEQ

Dikenali dengan panggilan dedeq, atau nama sebenar beliau Nordiyana binti Kamaruddin seorang bekas atlit rowing kebangsaan ini dilahirkan pada 5 Jun 1981 di Kuala Lumpur. Beliau kini sudah berumahtangga yang mana suaminya juga merupakan seorang atlit rowing. Beliau kini bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di jabatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dikatakan berhenti seketika dalam sukan rowing dan sekiranya berpeluang beliau ingin menyertai master rowing.

 Permulaan penglibatan beliau dalam sukan rowing ini adalah pada tahun 1999 dimana beliau merupakan pelajar tahun satu di UTM City Campus (kini International Campus) pada ketika itu. Berasa hampa dengan pasukan bola tampar yang disertainya yang tidak aktif , beliau menyahut cabaran rakan karibnya untuk menyertai kelab rowing yang juga pada masa itu sedang mencari bakat baru. Beliau bersama empat rakannya bersetuju dan mendaftarkan diri dan seterusnya menyertai kem katihan untuk regatta kebangsaan pada tahun 1999. Detik permulaan itu beliau kemudiannya dipelawa oleh presiden perdama untuk mewakili Malaysia ke kejohanan South East Asia Rowing Championship (SEARF) pada awal tahun 2000 sehingga tahun 2007.

Beliau memilih sukan rowing ini sebagai sukan pilihan beliau kerana beliau berpendapat sukan rowing ini mempunyai ciri istimewa kerana tidak banyak tempat di Malaysia yang menyediakan kemudahan rowing malahan sukan rowing ini masih baru di Malaysia pada ketika itu (sewaktu beliau mula bergiat dalam sukan rowing). Selain itu, sukan ini merupakan sukan yang melibatkan penggunaan keseluruhan otot badan secara sekata iaitu 60% pengunaan kaki, 30% core dan 10% arm (untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik). Beliau juga tertarik dengan falsafah rowing yang amat mementingkan kerjasama sepasukan  serta pergerakan bot ke belakang. Beliau juga menambah sukan rowing ini memerlukan kesabaran dan tempoh yang panjang untuk beliau mahir dari segi teknik yang mana ianya amat mencabar kebolehannya serta ianya memerlukan fitness dan kekuatan.

URI; UTM won gold medal for W4-
Menceritakan pengalaman yang beliau lalui sepanjang bergelar atlit rowing ini, terdapat banyak memori disebalik pengalaman beliau itu. Bermula dengan pengalaman pahit, beliau pernah mengalami kecederaan lower back pain yang serius pada tahun 2005 sehingga memaksa beliau berulang alik ke Institut sukan Negara selama 2 minggu untuk menjalani fisioterapi. Selain itu pengalaman pahit yang paling beliau tidak dapat lupakan apabila terlepas pingat gangsa semasa kejohanan sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dengan ketinggalan tipis di belakang pihak lawan iaitu Thailand.

Disebalik kepahitan itu pasti ada kemanisannya. Beliau amat mengagumi atlit rowing dari Uzbekistan iaitu Sevara Ganieva dan Zarrina Ganieva apabila dapat bertemu, bergambar dan bersaing dengan mereka pada kejohanan Asian Rowing Championship 2006 di Hyderabad, India. Beliau mula bertemu dengan mereka pada tahun 1999 dan terus menjadikan mereka sebagai idolanya. Pada kejohanan ini beliau berpeluang bersaing dengan jaguh-jaguh rowing dari Asia seperti dari China, Jepun, Korea, Iran dan lain-lain lagi dan beliau merasakan pengalaman itu sesuatu yang amat bernilai. Penyertaan beliau dalam sukan rowing ini tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai olahragawati UTM pada tahun 2005 dan juga top 5 olahragawati harapan MASUM pada tahun yang sama. “dapat bertemu jodoh dengan atlit rowing juga pengalaman manis” tambah beliau berseloroh.

silver medalist W2x with anniza soh @ Singapore 2005
Sepanjang beliau melibatkan diri dalam sukan rowing ini, banyak kejohanan yang beliau sertai.  Antaranya ialah kejohanan Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dan 2005 di Manila, Filipina, kejohanan SEARF pada tahun 2001, 2004, 2005, 2006 dan 2007 (Malaysia, Singapura, Thailand), Singapore Pools Rowing Championship, Merlion Rowing Championship, Singapore Beach Battle (indoor rowing), Asian Rowing Championship 2006 di Hyderabad India, Asian Indoor Rowing Championship dan lain-lain kejohanan kebangsaan seperti MASUM, Uniten rowing Invitational dan Varsity Boat Race. Pada kejohanan yang disertai itu, beliau memperolehi banyak medal. Walaubagaimanapun bagi beliau pencapaian terbaik beliau adalah memperolehi masa terbaik untuk test ergometer 2km iaitu dengan catatan masa 7 minit 52 saat.

Sesi Latihan di Quezon City, Manila, Filipina (SEA GAMES 2005)

bersama partner Tan Suet Fong @ Singapore 2005

Dedeq memilih rakan sepasukan beliau iaitu Tan Suet Fong sebagai pesaing terdekat beliau dan atlit dari Singapura, Thailand dan Indonesia sebagai pesaing dari negara luar. Atlit yang meminati bot double scull dan coxless four ini merasakan pendorong disebalik kejayaan beliau sebagai atlit rowing ini ialah rakan-rakan, jurulatih dan keluarga tercinta. Sebagai atlit rowing yang berpengalaman, Dedeq menegaskan selain teknik dan pengalaman, displin, berfikiran positif dan sikap yang baik juga merupakan kriteria yang amat penting sekiranya mahu menjadi seorang atlit rowing yang berjaya.

Beliau yang juga pernah menjadi jurulatih sebuah universiti tempatan, berkongsi strategi dengan memastikan anak-anak buahnya benar-benar ingin menjadi atlit rowing bukan sekadar kerana wang, sekadar suka-suka mahupun mengikut rakan-rakan. Kerana sikap sebegini akan meruntuhkan  tembok kekuatan sesuatu pasukan dan membazir masa dan tenaga.

Berkongsi sedikit pengalaman beliau ketika perlumbaan, beliau memberikan tips yang diperolehi dari presiden Singapore Rowing Associataion iaitu untuk menghilangkan rasa gemuruh dan perasaan nak muntah semasa di starting line adalah dengan menarik nafas dalam-dalam dan menghembus nafas sekali dengan kuat. Tips ini diamalkan beliau setiap kali perlumbaan. Dari segi strategi perlumbaan pula, beliau menyatakan setiap pasukan perlu perform secara maksima iaitu jangan simpan tenaga yang ada, dalam erti kata lain all out. 500 meter yang pertama dan 500 meter yang terakhir adalah masa untuk kerah segala tenaga yang ada. 1km dipertengahan perlumbaan adalah masa untuk bertahan dan dalam masa yang sama peka dengan keadaan sekeliling ( peka pada pasukan lawan).

Program Latihan

Menjadi atlit rowing kebangsaan membuka peluang beliau menuntut ilmu dari beberapa orang jurulatih berpengalaman yang juga merupakan atlit rowing suatu ketika dahulu. Mereka yang pernah melatih beliau ialah Abdul Halim Aziz, Norhadi Ishari, Azlei Abdul Jalil dan juga seorang jurulatih dari Australia iaitu Steve. 

women single scull 1000m race @ Batu Dam
Menjadi seorang atlit memerlukan seseorang itu membahagikan masa dengan sebaiknya. Tidak kiralah seseorang itu merupakan pelajar ataupun sudah bekerja. “Tumpukan perhatian sepenuhnya semasa kelas supaya cepat faham dan seterusnya tak perlu lagi buat revision di luar waktu kelas. Kurangkan masa membuat perkara-perkara kurang berfaedah seperti lepak di kedai mamak sampai malam tanpa sebab. Sebab atlit perlu tidur dan rehat yang cukup semasa berlatih. Masa senggang di tempat latihan, boleh membuat ulang kaji. dahulu saya berlatih 2 kali sehari pada masa ada kuliah,iaitu pada waktu pagi sebelum kuliah, dan petang selepas habis kuliah. Latihan 3 kali sehari pada hujung minggu di batu dam. (isnin – rest day/traveling dr kl-jb, selasa hingga  khamis latihan, Jumaat-latihan ringan/travelling dr jb-kl, sabtu ahad- test ergo, water test, speed dan sebagainya bergantung kpd jadual latihan). Saya akan pastikan jadual kuliah disusun sepenuh-penuhnya dan hanya melibatkan hari selasa-jumaat atau isnin-khamis.” Jelas beliau. Tambah beliau lagi ketika sudah bekerja kini beliau akan membuat latihan 3 kali sehari iaitu bermula pada jam 6am sehingga 7am di Batu Dam sebelum masuk waktu kerja beliau iaitu pada pukul 8am. Seterusnya pada jam 1pm – 2pm beliau akan ke gym dipejabat beliau dan pada jam 6pm-7.30pm beliau akan berada di Batu Dam semula selepas tamat waktu bekerja. Kadang-kala jika tidak ke gym pada waktu tengahari, beliau akan menggantikannya dengan berenang pada sebelah malamnya pula. Ini kerana beliau tidak mahu waktu latihan dicampur aduk dengan waktu bekerjanya. Satu contoh yang perlu kita ikut untuk menjadi seorang atlit yang berdisplin.

Bercakap soal program latihan beliau, ianya bergantung kepada jadual latihan yang diberikan oleh jurulatih. Kebiasaannya, untuk memantapkan fitness dan kekuatan beliau akan menumpukannya pada ergometer. Apabila on water pula, beliau akan menumpukan pada teknik manakala ketika melakukan gym beliau akan membuat latihan untuk kelenturan dan kekuatan. Latihan yang berterusan dan tidak berhenti berlatih lebih dari 3 hari dapat membantu untuk mengekalkan stamina. Selain itu beliau juga berkata seorang atlit itu perlu memastikan heart rate semasa training supaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Mengenai penjagaan kesihatan, beliau memberi saranan supaya kurangkan meminum minuman berais dan memakan makanan yang pedas. Sentiasa minum air dengan kuantiti yang banyak ketika dan selepas berlatih untuk memastikan kandungan air dalam badan tidak kurang. Dan yang paling penting, beliau amat mementingkan senaman warm up dan cooling down kerana ianya amat penting supaya tidak sakit-sakit badan selepas berlatih. Tambah beliau lagi perkara penting ketika melakukan latihan ialah capai sasaran heart rate.

Bertanya tentang tips-tips untuk dijadikan rujukan ketika berlatih, beliau menyatakan:
  •   setting bot (foot stretcher, seat, rigger dan yang berkaitan) sebelum turun air supaya menjimatkan masa dan melicinkan pergerakan di pontoon 
  •     selepas menggunakan bot pastikan bot dibasuh kerana kita perlu menghormati hak milik orang lain
  •  aplikasi sport science, sport physiology dalam latihan
  •  membuat post mortem setiap kali selepas latihan
  • ikut program latihan yang diberikan oleh coach dan hormati coach. Sentiasa berkomunikasi dengan coach tentang perkembangan latihan 
  • sabar dan sentiasa berfikiran positif
s
Soalan yang paling ingin ditanya dan juga soalan yang wajib diutarakan ialah mengenai test 2k. Test yang sememangnya membuat setiap atlit kecut perut, cuak dan sebagainya. Soalan diajukan kepada beliau tentang test 2k ini ‘membunuh’ kerana masing-masing ingin mendapat masa yang terbaik, beliau memberi respon “test 2k bukanlah untuk membunuh sebaliknya ia adalah tools terbaik untuk mengukur gabungan tahap fitness dan kekuatan otot melakukan gerak kerja rowing.. Kalau tak capai target pun tak mati. Tapi sepatutnya dilakukan dengan bersungguh2 dan maksimum. Keputusan ergo membolehkan kita tahu di mana tahap kecergasan dan kekuatan maximum kita pada masa itu. Seterusnya kita boleh memperbaiki dan mencari kelemahan kita.. Kebanyakan race rowing juga melibatkan jarak 2k. jadi kita boleh menganggar time yang hendak dicapai on water. Ia juga membantu menentukan position rower dalam bot. Harus diingat sasaran test 2k hendaklah realistik dengan jumlah latihan yang dijalani.”

Harapan untuk sukan rowing di Malaysia

Perkembangan aktiviti rowing di peringkat universiti sudah berada pada tahap yang baik. Cuma elok ditumpukan juga kepada pembangunan atlet di peringkat antarabangsa. Saya harap ada atlet Rowing Malaysia yang menang di Sukan Asia dan Olimpik.

-          Motivasi, kata-kata perangsang, pesanan yang boleh diberikan kepada rower-rower baru UTM untuk meningkatkan keyakinan dan semangat mereka untuk terus maju dalam sukan rowing ini.

Pastikan anda betul2 jatuh cinta dengan sukan rowing sebelum menceburkan diri. Insya allah, anda akan menjadi seorang rower yang bagus. Once be a rower, forever be a rower.


olahragawati UTM 2005/2006
anugerah sukan MASUM

with UTM team @ URI


joined duathlon as kardiovaskular training
 lawati blog beliau di http://iamdedeqz.blogspot.com