photo photo

Wednesday, June 29, 2011

13th SEARF CHAMPIONSHIP 2011

Kejohanan SEARF yang ke 13 pada tahun ini telah diadakan di Pandan Reservoir, Singapura pada 27-31 Mei 2011. Terdapat beberapa atlit UTM yang terpilih berpeluang mewakili negara sebagai atlit rowing Malaysia. Atlit rowing Malaysia dilatih di bawah Pusat Kecemerlangan Sukan Mendayung. PKS telah menghantar atlit bagi 9 acara iaitu M1X, M2-, LM2X, M2X, LM4-, W1X, W2-, LW2X, dan LW4-.

Bagi pertandingan ini kami semua telah menimba ilmu dan pengetahuan yang banyak daripada negara-negara asia lain. Ternyata kami semua masih mentah dan memerlukan lebih banyak latihan berbanding dengan atlit-atlit negara lain yang rata-rata nya sudah hampir 10 tahun berada dalam sukan ini. Ini adalah kejohanan pertama kami bagi persediaan SEA GAMES 2011 pada bulan November nanti. Target ergo yang harus kami capai bagi melayakan diri untuk bertanding di peringkat lebih tinggi ini ialah, bagi lelaki 6:30 manakala wanita 7:30.

M2X : Afiq Johari & Aiman Aziz
LM2X : Iqbal Ripangi & Ilham Ismail
M4- : Hattah Talani Carola, Ahmad Huzaifah, Mohd Zhafran Anuar, Alif

Kontinjen Malaysia

Pasukan Lelaki Rowing Malaysia

W1X : Fatin Asilah
W2- : Nur Khairunisa & Adila Khalidi
M2- Shafiq & Mohd Zulfadli 
M1X : Mazlie Daham