photo photo

Wednesday, March 2, 2011

IDOLA ROWING: ZULMAJDI ZAKARIA @ MAJAI (Part I)

Lagak dan gayanya bersahaja. Adakalanya tingkah laku dan kata-katanya mencuit hati. Kena dengan loghat bahasanya. Namun kadangkala kata-kata yang dikeluarkannya agak pedas dan lebih berterus-terang. Tetapi itu semua adalah untuk kebaikan anak-anak buahnya. Merupakan anak kelahiran Kedah, bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia ini selain menjadi atlit universiti beliau juga merupakan seorang atlit Malaysia.

Dilahirkan pada 16 Januari 1985 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau masih belum berumahtangga dan kini bekerja sebagai Supervisor Under Ramill Tech Company di Qatar Sand Treatment Plant. Walaupun kini beliau tidak lagi bergiat aktif sebagai atlit rowing, namun beliau menjadi jurulatih (rowing) untuk sebuah universiti dan juga melibatkan diri sebagai umpire.

Beliau yang dimaksudkan disini ialah Zulmadji bin Zakaria atau lebih dikenali dengan panggilan Majai. Bermulanya karier beliau sebagai atlit rowing ini apabila seorang senior beliau, Muhammad Neshruddin mengajak beliau menyertai rowing berikutan ketinggian beliau yang sememangnya sesuai dengan sukan rowing ini. Tambahan pula, berlatar belakangkan sukan air semasa beliau masih di bangku sekolah dahulu membuatkan beliau ingin mencuba sukan rowing ini an setakat ini beliau masih lagi tidak pernah kecewa.

Memilih sukan rowing ini sebagai sukan pilihan beliau adalah kerana sukan ini masih baru dikalangan pelajar IPTA. Jadi pada pendapatnya, sukan ini boleh memberi peluang pada dirinya untuk pergi lebih jauh dalam sukan rowing. Bercerita tentang pengalaman-pengalaman beliau, Majai sudah semestinya boleh tersenyum menceritakan pengalaman manisnya yang mana sepanjang menjadi atlit universiti beliau berjaya menjuarai Johan Keseluruhan Sukan MASUM sebanyak tiga kali berturut-turut pada tahun 2006 – 2008, Johan Keseluruhan Uniten Rowing Invitational (URI) sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun 2005 – 2008, dan juga Johan Keseluruhan Varsity Boat Race sebanyak tiga kali berturut-turut pada tahun 2006 sehingga tahun 2008. 

 .: bersama crew 4- UTM (dua dari kanan):.

Dalam manis ada juga pahitnya. Pasukan UTM terpaksa akur dengan kekalahan di tangan musuh tradisi iaitu UM pada kejohanan Varsity Boat Race pada tahun 2007 (Men 8+) dan juga kekalahan ditangan pesaing baru iaitu UTHM pada kejohanan URI pada tahun 2008 (Men 8+, 5km) kerana terdapat kesilapan ketika perlumbaan. Namun begitu ianya tidak pernah melemahkan semangat beliau untuk memastikan kejuaraan milik pasukannya iaitu pasukan UTM. Apabila bercerita pula tentang pencapaian beliau sepanjang beliau menceburi bidang ini, beliau tidak keberatan berkongsi dengan semua.

Pencapaian beliau dari segi pungutan pingat dan penyertaan:
  • 3 pingat emas bagi acara Men Coxless Four (M4-)  dan juga bagi acara Men Coxed Eight (M8+) pada kejohanan MASUM tahun 2006 – 2008
  • 2 pingat emas dan 2 pingat perak bagi acara M4-, 2 pingat emas dan 1 pingat perak bagi acara M8+ pada kejohanan URI tahun 2006 – 2008.
  • 2 pingat emas dan 1 pingat perak bagi acara M4-, 1 pingat emas dan 1 pingat perak bagi acara M8+ untuk kejohanan Varsity Boat Race tahun 2006 – 2008.
  • 2 pingat gangsa bagi acara M4- untuk kejohanan SEARF Malaysia pada tahun 2005 dan di Thailand pada tahun 2007.
  • 1 pingat gangsa bagi acara Men Quadruple (M4x) pada kejohanan Merlion Singapura pada tahun 2005.
  • 2 pingat gangsa bagi acara Men Double Scull (M2x) dan M4- di kejohanan Merlion Singapura pada tahun 2006.
  • 1 pingat perak bagi acara M4- di kejohanan Merlion Singapura pada tahun 2007.
  • Mewakili Malaysia untuk kejohanan Asia Junior di Singapura pada tahun 2006
  • Mewakili Malaysia untuk SEA Game di Korat, Thailand pada tahun 2007.

  
Pencapaian beliau dari segi penganugerahan pula:
  • Mewakili UTM bagi Anugerah Sukan MASUM untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2006 dan 2007
  • Anugerah Mahasiswa Berpotensi UTM pada tahun 2006
  • Anugerah Olahragawan UTM pada tahun 2007

.:dinobatkan sebagai olahragwan UTM:.

Bercakap mengenai idola, beliau memilih Muhammad Shukri @ Tongga sebagai idolanya dan juga tidak lain tidak bukan jurulatih beliau sendiri iaitu Coach Hadi. Memilih bot sweep sebagai pilihan beliau, Majai turut mengatakan bahawa UM dan juga UTHM merupakan pesaing terdekat pasukannya. Sebagai seorang atlit rowing beliau menganggap dirinya sendiri sebagai pendorong beliau dalam sukan ini serta beliau juga menekankan selain teknik dan pengalaman, displin diri, pandai membahagi masa dan juga menghormati senior merupakan kriteria yang perlu ada dalam diri seorang atlit. Setelah tidak lagi aktif sebagai atlit, Majai kini menjadi jurulatih untuk sebuah universiti tempatan. Nasihat beliau kepada anak-anak buahnya ialah sentiasa positif dan jangan sesekali bermasam muka sekiranya pasukan kalah. Beliau sendiri memberi masa kepada anak buahnya untuk membuktikan kekuatan dan kemampuan mereka yang sebenar dan sentiasa memuji sekiranya ada peningkatan dalam prestasi mereka.

Seperti yang diketahui, UTM telah dipilih sebagai pusat kecemerlangan sukan air universiti di Malaysia. Pandangan beliau tentang perkembangan ini ialah ianya memberi petanda positif bahawa sukan ini sudah mengorak langkah kehadapan bagi membuka mata masyarakat yang sukan rowing ini mampu bertapak dan seterusnya setanding dengan sukan-sukan yang lain. Majai juga berkongsi tips ketika berada dalam zon competition yang mana setiap atlit pasti akan berdebar-debar dan gementar. “Fokus. Itu yang paling penting, tarik nafas sedalamnya dan jangan tengok pihak lawan selagi belum tiba di garisan penamat”.katanya. Strategi yang beliau sering lakukan ketika perlumbaan adalah sama seperti yang pasukan UTM kini praktikkan memandangkan beliau juga merupakan bekas atlit UTM. “ Simple saja. 1,3,10..1:tolak bot laju-laju maksudnya rentap kuat-kuat), 3:half-slide (fokus dan pastikan sempurna), 10:full stroke sehingga bot anda leading. Bila kita dah kehadapan, ‘ikat’ pasukan lawan maksudnya jika pasukan lawan makin hampir kita perlu tingkatkan kelajuan dan jarakkan bot lawan. Insyaallah emas dicari pasti akan dapat”.

Beliau merasakan visualization itu penting kerana setiap krew dapat membayangkan situasi sebelum, semasa dan selepas tamat acara. Selain itu ianya turut membantu pasukan untuk menaikkan semangat dan mendapatkan kesefahaman satu pasukan.

Bersambung pada bahagian II