photo photo

Friday, March 4, 2011

IDOLA ROWING: ZULMAJDI ZAKARIA @ MAJAI (Part II)

Program Latihan

    Siapa lagi kalau bukan Coach Hadi, jurulatih kebangsaan dan juga jurulatih pasukan UTM yang selama ini mendidik beliau menjadi seorang atlit rowing. Segala ilmu yang beliau pelajari mengenai sukan rowing tidak lokek dikongsi bersama. Sebagai seorang pelajar semasa beliau bergiat aktif dalam sukan ini, beliau menyusun jadual latihannya supaya tidak mengganggu waktu belajar. Sifat ini sememangnya perlu ada pada diri setiap individu terutama sekali kepada mereka yang bergelar ‘student athlete’. Tidak semestinya giat dalam bidang sukan, pelajaran akan merosot. Segalanya terletak pada niat dan hati masing-masing. Berbalik kepada jadual latihannya, Majai menceritakan latihan yang diberikan oleh coach kepadanya untuk dipraktikkan iaitu pada hari sabtu (jika minggu di Batu Dam), on water beliau akan lebih menumpukan kepada skill. Begitu juga pada hari ahad, untuk sesi pagi latihan beliau akan turun air. Kebiasaannya untuk latihan on water beliau akan buat drill iaitu seperti row dan berhenti pada tiga bahagian iaitu pada back stop, middle stop dan juga front stop. Selain itu, beliau juga akan melakukan sprint sebanyak 10 stroke untuk high power, high rating dan untuk high power, low rating secara berselang-seli.


       Pada hari isnin, beliau akan berehat ataupun jogging. Pada hari selasa pula beliau akan menarik ergometer selama 30 minit. Daripada situ beliau dapat menentukan samada ada kesan dari melakukan gym pada hari ahad sebelumnya dan akan dipantau oleh coach segala perubahan yang berlaku. Hari seterusnya pula beliau akan jogging dari kolej kediaman beliau ke balai cerap. (balai cerapan di UTM Skudai) dan pada hari khamis belaiu akan menarik ergometer seperti yang diarahkan oleh coach iaitu 10’ x 3 (10 minit tarik ergo mengikut pace dan rating yang ditetapkan. Rest 3 minit). Begitulah jadual latihannya yang akan berulang-ulang pada setiap minggu. Walaupun kelihatan agak biasa jadual latihannya namun komitmen dan kesungguhan beliau menjadikan beliau sebagai seorang atlit yang dihormati. Malah tambah beliau lagi latihan untuk ergometer yang beliau sering lakukan simple sahaja tetapi amat berbaloi. Selain itu pergi ke gym untuk menarik ergometer, beliau juga akan melakukan senaman-senaman untuk menambahkan kekuatan tangan, kaki dan juga menguatkan otot.
Stamina amat penting kepada setiap atlit. Untuk bertahan lama dalam sesuatu sukan yang disertai lebih-lebih lagi sukan rowing yang jarak perlumbaan sejauh 2km, ia memerlukan stamina yang tinggi. Tips beliau sekiranya kita mahu mengekalkan stamina ialah dengan jogging tanpa henti dalam masa lebih kurang 30minit hingga 40 minit atau sejauh 6km.
“Makan tak pernah pantang sebab apabila kita berlatih dengan kuat, kita juga perlu mengambil jumlah makanan yang sama dengan tenaga yang kita keluarkan. Tapi jika kita buat latihan pun slow je, makan pun kena juga la slow. Kalau tak jadi macam saya sekarang”.kata beliau berseloroh apabila ditanya tentang penjagaan kesihatannya.
     Sentiasa fokus dan jangan main-main. Itulah kata-kata yang sering di tujukan kepada anak-anak buahnya. Malah untuk dirinya sendiri sebagai motivasi diri. Apabila kita fokus kita akan dapati bahawa setiap masa kita berlatih itu amat berharga. Dari situ kita juga boleh melihat di mana kesilapan kita dan memperbaikinya supaya bila tiba saat perlumbaan kita akan lebih yakin dan tidak melakukan kesilapan. Ini kerana walaupun sedikit kesilapan yang kita lakukan, ianya akan membabitkan banyak perkara salah satunya emosi. Apabila emosi terganggu, fokus juga turut terganggu.
    Turut ditanya kepada beliau akan test ergometer (test 2k). Bagi beliau sememangnya test 2k ini ‘membunuh’. Namun pada pendapat beliau tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan seseorang itu tidak rajin berlatih. “yang takut ergo test itu adalah orang yang tak berlatih.Kalau kita training, peningkatan prestasi kita dapat dilihat bila kita lakukan test ergo.” tambah beliau lagi. Selain itu, beliau juga amat mementingkan displin diri. Walaupun menghadapi masalah atau melalui waktu-waktu sukar, beliau tetap akan memaksa diri untuk berlatih. Ini kerana apabila kita dalam satu pasukan, kita tidak bermain seorang diri. Ianya melibatkan semua ahli pasukan. Sikap mementingkan diri amat tidak disukainya. Bagi beliau setiap individu mempunyai masalah tersendiri jadi mereka harus tahu bagaimana untuk menanganinya asalkan tidak menganggu latihan. Sebagai seorang pelajar juga beliau beranggapan bahawa belajar bukanlah satu alasan untuk seseorang itu tidak sertai latihan yang atau tidak boleh sertai mana-mana sukan. Segalanya terletak pada diri masing-masing. Oleh itu, beliau amat menegaskan sikap displin itu perlu ada pada setiap individu sekiranya mahu pergi lebih jauh dalam bidang ini.
“kalau kita main acara individu (1x), tak ada mood tak perlu training. Keluar tengok wayang” ujarnya sinis.
    Sebagai bekas atlit negara beliau amat berharap agar Malaysia dapat menamatkan kemarau pingat yang belum pernah dimenangi sebelum ini dengan menghadiahkan negara dengan pingat emas. Beliau turut berpesan kepada pendayung UTM baik yang baru dan yang lama dan juga kepada individu yang berstatus rower diluar sana untuk sentiasa rajin berlatih, meletakkan target untuk mendapatkan pingat emas bagi semua kejohanan yang disertai dan cuba mencapai target tersebut. Jika gagal tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Teruskan berusaha kerana setiaap usaha yang dikerah pasti akan dapat hasilnya. Insyaallah. 
.: double scull with acap :.
.: UTM Men 4- crew (from left sharul burung, dot, majai and wan)  :.