photo photo

Wednesday, March 16, 2011

Larian Mesra Kampus 2011

Pada 5 Mac 2011 bersamaan hari Sabtu, pasukan Rowing UTM telah menyertai acara 'Larian Mesra Kampus' anjuran Unit Sukan UTM. Jarak trek larian ini adalah 3km. Aktiviti tersebut telah dimulakan dengan senamrobik dan ucapan dari Timbalan Naib Canselor HEMA dan penyampaian penghargaan kepada atlit-atlit UTM yang berjaya membawa pulang medal di Asean University Games (AUG) di Khorat, Thailand baru-baru ini. Setelah itu, para peserta lelaki memulakan larian disusuli dengan para peserta wanita.

Setelah selesai larian, para peserta diberi kain LARIAN MESRA KAMPUS 2011. Air dan buah epal disediakan untuk para peserta. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti sampingan yang ada seperti pertandingan Mesin Rowing, 500 m (Open Men and Women Individual), fun games dan basikal lambat. Terdapat juga pameran kereta pacuan roda 4x4, basikal tradisional dan pameran layang-layang dari jemputan luar. Para peserta dapat menyertai pertandingan yang disediakan setelah selesai berlari mengelilingi lingkaran dalam UTM. Ini antara gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut.

    
Persediaan untuk pertandingan rowing machine

LARIAN MESRA KAMPUS


 
    

Bersiap untuk senam robik dan sesi 'warm up'

    
Sesi senam robik sedang berjalan

**Gambar waktu larian tiada.. Harap maaf..


PERTANDINGAN ROWING MACHINE

 Pendaftaran pertandingan rowing machine
     
Urusetia rowing memanggil para peserta untuk bersiap sedia sebelum pertandingan dijalankan



Sesi 'warm up' untuk para peserta dan atlit rowing mengambil kesempatan untuk menunjukkan teknik menarik ergo machine dengan betul



Pertandingan bermula. Atlit rowing turut memberi semangat kepada para peserta untuk menghabiskan jarak 500m


Timbalan Naib Canselor turut melawat booth rowing machine bersama Pengarah Sukan UTM

    
Antara penonton yang memenuhi booth rowing machine pada hari tersebut



Atlit rowing yang menjadi urusetia untuk pertandingan rowing machine

Memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan, banyak penyertaan yang kami terima. Tetapi, hadiah yang disediakan oleh pihak Unit Sukan terhad. Hanya 5 peserta bagi kategori lelaki dan perempuan yang terpantas menamatkan acara tersebut yang mendapat hadiah. Berikut adalah senarai nama pemenang.

LELAKI 

    Nama                       Masa
1. Fikri                         1:45.7
2. Hazwan                    1:45.8
3. Fareez                      1:46.7
4. Aliff Zaquan           1:49.2
5. Syukri                       1:49.9

PEREMPUAN 

     Nama                        Masa
1.Nur Inayah Shahida  2:03.5
2. Siti Salasia                 2:10.4
3. Fateen                       2:12.6
4. Nurul Akma              2:13.0
5. Siti Nor Fazira          2:15.0

Tahniah kepada para pemenang!

Setelah selesai acara rowing machine, sesi penyampaian hadiah bermula. Penyampaian hadiah tersebut merangkumi kesemua aktiviti yang dijalankan pada pagi tersebut. Penyampaian hadiah kepada pemenang Larian Mesra Kampus terlebih dahulu. Bagi Larian Mesra Kampus, terdapat 4 kategori yang diwujudkan iaitu kategori lelaki bukan atilit, kategori atlit lelaki, kategori perempuan bukan atlit dan kategori atlit perempuan. Bagi pasukan rowing UTM, kami termasuk dalam kategori atlit lelaki dan perempuan. 

Memandangkan saingan kami semuanya atlit, jadi terdapat di antara kami yang bekerja keras malah tidak berputus asa untuk menghabiskan larian sejauh 3km tersebut. Hasilnya, terdapat beberapa atlit rowing UTM yang berjaya mendapat tempat di kalangan 30 teratas. Antara pemenangnya adalah:

 no20
 no18
 no28
 no25
 no18
 no14
 no 12
no 7

Tahniah kepada rowers yang menang!

Selepas selesai sesi penyampaian hadiah, berakhirlah acara Larian Mesra Kampus 2011. Terima kasih kepada sesiapa yang terlibat pada hari tersebut secara langsung dan tidak langsung. Tahniah kepada yang berjaya naik ke pentas. Bagi yang kurang berjaya, tahun depan cuba lagi. 

UTMROWINGBIGHAPPYFAMILY