photo photo

Sunday, April 24, 2011

Malam Anugerah Sukan UTM 2010

Pasukan rowing dan kayak
Pada 16 April 2011 yang lepas telah berlangsungnya majlis penganugerahan kepada atlit-atlit UTM yang telah mengharumkan nama universiti sepanjang tahun 2010. Malam Anugerah Sukan tersebut diadakan di Dewan Sri Iskandar, UTM Johor Bharu. Majlis tersebut dihadiri oleh Naib Canselor UTM, PROFESSOR DATO’ IR. DR. ZAINI BIN UJANG, Timbalan Naib Canselor, Professor Dr. Mohd Tajudin bin Hj. Ninggal serta Pengarah Sukan UTM iaitu Tuan Haji Abdul Malik Bin Abdul Ghani.

Majlis tersebut berlangsung dengan meriahnya dengan persembahan dari pelajar-pelajar UTM dan jugak perembahan dari pelajar sekolah. Makan malam yang terhidang disaji juga dengan persembahan nyanyian oleh adik-adik dari sekolah menengah berhampiran. Selesai menjamu selera saat yang dinantikan ialah penyampaian hadiah kepada para atlit yang terlibat.

pengurus pasukan terbaik

Pada malam tersebut, Mohd Azhar Adhman telah dinobatkan sebagai Pengurus Pasukan (Lelaki) Terbaik 2010 dan penganugerahan itu juga telah menobatkan pasukan rowing lelaki  sebagai Pasukan Terbaik (lelaki) 2010 yang mana menewaskan calon dari sukan sepak takraw dan juga sukan kayak. 

pasukan terbaik

Bagi pasukan terbaik wanita pula, pasukan rowing wanita tercalon untuk kategori Pasukan Terbaik (wanita) 2010 namun kemenangan tidak berpihak kepada pasukan rowing wanita apabila penganugerahan itu dinobatkan kepada pasukan bola jaring yang mana pasukan terbaik 2009 iaitu pasukan bola tampar turut tercalon dalam kategori tersebut.

calon-calon olahragawan

Selain itu, seorang lagi atlit rowing UTM iaitu Hattah Bin Talani juga tercalon untuk anugerah Olahragawan UTM. Turut tercalon ialah atlit sukan air kayak iaitu Tuan Hilmi Mujahid. Anugerah tersebut walaubagaimanapun telah dimenangi oleh atlit sukan taekwando. Untuk kategori olahragawati pula gelaran disandang oleh atlit bola jaring yang mana beliau juga dinobatkan sebagai olahragawati MASUM yang diadakan di Sabah pada bulan lepas.

Diharapkan pasukan rowing UTM lebih maju pada masa akan datang dan dapat meraih lebih banayk anugerah.


UTMROWINGBIGHAPPYFAMILY

"Majulah sukan rowing untuk UTM"