photo photo

Thursday, September 20, 2012

Anugerah HEMA 2012 : Anugerah Kecemerlangan Sukan

Tanggal 7 September yang lalu, pasukan rowing UTM menambah lagi koleksi gelaran pada tahun ini apabila dianugerahkan sebagai Anugerah Kecemerlangan Sukan oleh HEMA. 

                                    trofi dan sijil penghargaan



Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh ahli pasukan termasuklah pengurus pasukan kami, En. Azuwan Azahar yang selama ini susah senang sentiasa menjadi tulang belakang kami.

                                        
Tidak lupa juga kepada senior-senior yang masih terlibat mahupun tidak di dalam dunia sukan rowing ini. Sokongan dan dorongan yang diberikan amatlah kami hargai. Tanpa semua, pasukan rowing UTM tidak mampu berdiri sehingga ke tahap ini pada hari ini.

                                          veteran rowing =)

Semoga pasukan ini akan terus melangkah dengan cemerlang bukan sahaja mampu melakar nama dalam negara malahan dalam peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga berjaya semua!


p/s: Head of Putrajaya, Sukan IPT dan Varsity Boat Race bakal menanti semua Oktober ini. Semoga berjaya!