photo photo

Thursday, September 13, 2012

Karnival Sukan Air KBS 2012


Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini juga terdapat pelbagai pertandingan mendayung (rowing) samada pada peringkat universiti mahupun kebangsaan. Dan seperti biasa juga pasukan rowing UTM tidak akan pernah sesekali melepaskan peluang bagi mempertingkatkan lagi prestasi dan mutu pasukan kami.

Pada 25 hingga 27 Mei yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan Air 2012 sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Selain daripada rowing terdapat pelbagai acara lagi yang dipertandingkan, antaranya ialah kayak, perahu panjang tradisional (dragon boat), kanu polo dan lain-lain lagi.

                                            dragon boat

                                                 kayak


                                          gimik karnival!

Acara rowing pula terbahagi kepada dua iaitu outdoor (500 meter on water) dan indoor (rowing machine/ergometer). Tidak seperti pertandingan yang lain, dalam pertandingan ini tiada had penyertaan ditetapkan. Dan pasukan rowing UTM telah menghantar lebih penyertaan daripada kebiasaannya.


Walaupun pelbagai halangan dan dugaan ditempuhi sepanjang pertandingan ini berlangsung, pasukan rowing UTM tidak pulang dengan tangan kosong. Pasukan kami berjaya mendapat 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Pingat perak dalam acara relay lightweight (rowing machine) lelaki dan 2 pingat gangsa melalui acara women 4- dan relay lightweight (rowing machine) wanita. Tahniah kepada yang berjaya!

Kepada yang tidak bernasib baik, semangat juang yang ditunjukkan oleh anda semua sangat membanggakan kami!

                                           senyum sokmo

                                  suka suki utm big happy family!